Klik Untuk Pertanyaan dan Tempahan

Batu Nisan Nisan Rich
Batu Nisan Nisan Rich
  • Home
  • Produk & Perkhidmatan
  • Katalog & Harga
  • Promosi
  • Hubungi
  • Hasil Kerja
  • Liputan Media
  • More
    • Home
    • Produk & Perkhidmatan
    • Katalog & Harga
    • Promosi
    • Hubungi
    • Hasil Kerja
    • Liputan Media
  • Home
  • Produk & Perkhidmatan
  • Katalog & Harga
  • Promosi
  • Hubungi
  • Hasil Kerja
  • Liputan Media

Produk & Perkhidmatan

Batu Nisan

Batu nisan adalah penanda kubur yang biasanya dibuat daripada batu yang diukir dengan nama arwah, tarikh lahir dan tarikh kematian.Bentuk batu nisan menggambarkan samaada arwah adalah lelaki atau perempuan. Secara tradisi kaum Melayu, untuk lelaki, batu nisannya berbentuk bulat; manakala bagi wanita, batu nisannya berbentuk leper(pipih).Secara amnya terdapat 2 jenis batu nisan iaitu Batu Nisan Semulajadi dan Batu Nisan Buatan yang terdiri daripada 2 saiz iaitu dewasa dan kanak-kanak. #batunisan

Batu Nisan Semulajadi

Batu Nisan Semulajadi (batu hidup) adalah batu yang diambil dari bukit/gunung yang dibentuk menjadi batu nisan pelbagai warna dan jenis batu. Terdapat 4 jenis batu semulajadi yang kami sediakan iaitu Marble(Mar Mar), Granite Hitam, Granite Kelabu, Granite Kelabu Bintik-Bintik, Granite Hijau dan Batu Sungai. #Perkhidmatan batu nisan dan kepok kubur

Batu Nisan Buatan

Batu Nisan buatan adalah batu nisan yang berasaskan simen atau nama lainnya Terazzo adalah dihasilkan daripada campuran serpihan batu marmar dan simen putih yang dibentuk menjadi batu nisan. #Perkhidmatan batu nisan 


Kepungan Kubur

Kepungan Kubur ataupun dikenali sebagai kepok dan belindan adalah binaan pusara yang dibina keliling kubur. Kepungan kubur adalah kepungan jenis pasang siap sahaja dan bukan binaan kekal berukuran standard 3kaki atau 2.5kaki lebar dan 6kaki panjang. Terdapat 2 jenis kepungan kubur iaitu jenis petak(slab) dan rehal. #Perkhidmatan batu nisan dan kepok kubur

Kepok Kubur Petak (slab)

Kepok kubur petak(slab) adalah berbentuk kotak yang dicantum keliling kubur. Kepok ini terdiri daripada pelbagai jenis seperti Marble, Granite, Jubin(Tiles), Terrazo dan Kayu. #Perkhidmatan batu nisan dan kepok kubur & Baikpulih kubur lama

Kepok Kubur Rehal

Kepok kubur rehal adalah berbentuk empat segi yang dipasak pada hujung keliling kubur. Kepok ini terdiri daripada Marble, Granite dan Terrazo sahaja. #Perkhidmatan batu nisan dan kepok kubur


Ukiran Nama Batu Nisan

Ukiran nama arwah, tarikh meninggal dan tarikh lahir diukir pada Batu Nisan dan Plate adalah secara berkomputer (jawi & rumi). Ukiran nama pada plate digunakan untuk ditampal pada batu sungai dan batu nisan terrazo. Ukiran Plate ini juga boleh ditempah tanpa batu nisan. Terdapat 3 jenis plate yang kami sediakan iaitu kepingan jubin hitam/putih, arcylic hitam/transparent dan kaca. #Perkhidmatan batu nisan dan kepok kubur

Copyright © 2017 - 2024 nisanrich.com - All Rights Reserved.

  • Klik untuk tempahan!

Powered by

This website uses cookies.

We use cookies to analyze website traffic and optimize your website experience. By accepting our use of cookies, your data will be aggregated with all other user data.

DeclineAccept